Penyampai stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin berkata tujuan sebenar video itu diterbitkan adalah untuk mengkritik dasar PAS Kelantan dan tidak berniat sama sekali untuk menghina Islam.

Sejak beberapa hari lepas, video mengenai kritikan kepada pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah telah menimbulkan kontroversi di laman media sosial.

“Objektif video ini adalah untuk mempersoalkan keutamaan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dan tidak sekalipun berniat untuk menghina Islam.

“Video ini adalah mengenai politik, perkataan dan tindakan ahli-ahli politik, ia bukan mengenai agama.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf bagi nada dan cara penyampaian saya dalam video. Ia tidak pernah menjadi hasrat saya untuk mengejek. Ia tidak pernah menjadi hasrat saya untuk menghina.

“Saya tiada niat untuk menghina. Namun kini saya sedar bahawa ia telah menimbulkan kemarahan. Maka sebab itu, saya benar-benar kesal dan meminta maaf, maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk mana-mana agama apa lagi agama saya sendiri.

“Sejak video ini diterbitkan, banyak ancaman kematian dan rogol dibuat secara langsung terhadap saya, keluarga saya dan rakan-rakan saya. Ia sangat menyedihkan.

Video tersebut yang keluar tidak lama setelah kerajaan negeri Kelantan mengumumkan pelaksanaan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, Rabu lalu itu telah ditonton lebih 3000 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here