Satu fenomena awan pelik yang jarang berlaku yang dipanggil Fallstreak Hole telah menggemparkan penduduk Victoria.

Fallstreak Hole, atau dikenali juga sebagai lubang awan (punch hole), berlaku apabila suhu air pada awan berada di bawah takat beku tapi masih lagi belum membeku kerana kekurangan zarah penukleusan ais.

Apabila ada sebahagian air dalam awan mula membeku lalu membentuk kristal ais, ia akan menghasilkan efek domino iaitu proses penolakan antara molekul ais dengan ais yang lain seperti jatuhnya kepingan domino yang disebabkan oleh proses Bergeron (proses pertumbuhan hablur ais).

Akibat proses itu, wap air di sekitar kristal ais itu juga akan membeku dan menghasilkan kristal ais dengan pantas lalu jatuh ke bumi dan terhasillah lubang yang besar pada awan.


Pembentukan ini berlaku di kawasan Gippsland pada bulan Nov 2014.

Jom lihat gambar-gambar di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here