Persahabatan Chito dengan buaya bermula 20 tahun lalu apabila dia menjumpai buaya tersebut ditembak di tepi mata kiri oleh seorang penternak lembu, berhampiran Sungai Parisima. Beliau menyuruh rakan-rakannya untuk membantu beliau memuatkannya ke dalam perahu lalu di bawah pulang ke rumah untuk merawatnya.

Selepas beliau merawatnya, Chito meninggalkan Pocho dalam sebuah tasik berhampiran rumah tetapi apabila beliau melepaskannya dari tasik, Pocho keluar dari air dan mengikutinya rumah. Beliau juga tidur di sebelah buaya supaya reptilia itu tidak akan merasa kesunyian lagi.


Selepas beberapa tahun, Chito menyedari bahawa Pocho bukan satu ancaman lagi. Beliau memberanikan diri dan mendekatinya, lebih dekat berbanding sebelum ini. Tanpa sedar, kedua-dua menjadi teman terbaik. Tarikan persahabatan mereka kini menjadi tumpuan pelancong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here