Bukan senang nak jadi penggali kubur kerana perlu berurusan dengan situasi keluarga yang bersedih dan berhadapan dengan mayat setiap hari.

Tetapi keadaan yang lebih teruk lagi dialami oleh seorang penggali kubur di Jerman yang pengsan apabila seorang wanita yang sudah mati di sebuah rumah orang-orang tua membuka penutup kerandanya dan bertanya ‘Di mana saya?’

Selepas itu, pengurus rumah pengebumian melihat perempuan tua itu terbaring di dalam keranda dengan kedua-dua mata terbuka sebelum membawanya ke hospital.

Dia turut memeriksa nadi wanita tersebut dan mendapati dia masih lagi hidup.

Siasatan polis dilakukan untuk mengetahui bagaimana wanita itu disahkan meninggal dunia pada mulanya.

Menurut laporan, wanita itu ditemui di atas katil di rumah orang-orang tua dan sudah tidak bernafas lagi.

Seorang doktor telah dipanggil ke rumah dan mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia sebelum dibawa kepada pengurus mayat.

Lother Burger, pengurus rumah orang-orang tua di mana perempuan itu tinggal, berkata: ‘Ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan tidak dapat diterangkan.’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here