Seorang sami Shaolin menunjukkan bagaimana beliau telah melatih badannya untuk menahan objek sangat tajam.

Zhao Rui menggerudi kepalanya tanpa menembusi kulit, membengkokkan sebatang besi dengan menggunakan lehernya dan memecahkan batu menggunakan kepalanya.

Zhao dikatakan menggerudi kepalanya sendiri selama 10 saat, tetapi hanya meninggalkan kesan tanda merah kecil di kepalanya.

Pertunjukan ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana lelaki berusia 24 tahun ini melatih badannya semasa dalam latihan seni mempertahankan diri dan kemahiran beliau telah menjadikannya terkenal di bandar kelahirannya, Mianzhu yang terletak di wilayah Sichuan barat China.

Namun lelaki berusia 24 tahun itu mengakui bahawa dia pernah secara tidak sengaja mencederakan kepalanya apabila berlatih melakukan lagak ngeri itu dan merobek sebahagian besar kulit kepalanya.

Beliau berkata: ‘Ia agak menyakitkan tetapi saya belajar dari pengalaman dan sekarang saya boleh menggerudi kepala tanpa sebarang masalah.’

Latihan beliau juga melibatkan berbaring di atas pacak besi dan memecahkan batu-batu menggunakan kepalanya.

Saksi, Lian Tang, 25, berkata: ‘Ia adalah luar biasa kerana selepas dia berhenti menggerudi, tidak ada darah, hanya tanda merah terang di mana mata gerudi mengenai kulit.’

Pakar kungfu itu mula mempelajari seni mempertahankan diri semenjak kanak-kanak lagi dan pada usia 16 tahun, beliau meninggalkan rumahnya untuk menyertai Kuil Shaolin.

Beliau belajar di sana selama dua tahun sebelum meninggalkan kuil tersebut untuk belajar kung fu pakar-pakar kungfu lain.

Beliau berkata, ‘Percaya atau tidak, saya pernah gugup ketika kecil tetapi sekarang saya boleh memecahkan batu dengan kepala saya, ia telah memberikan saya banyak keyakinan diri. ‘

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here