Pembantu juruterbang pesawat Germanwings yang terhempas di Alps, Perancis yang membunuh semua penumpang seramai 150 orang di atas dikatakan sengaja menjunamkan pesawat A320 Airbus, pendakwa raya Marseille mengesahkan perkara tersebut pada hari Khamis.

Selepas kapten meninggalkan kokpit, Andreas Lubitz, 28, bersendirian di dalam pesawat A320 Airbus enggan membuka semula pintu dan mengendalikan pesawat hingga ke saat akhir sehinggalah terhempas, kata pendakwa raya pada sidang akhbar.

Pendakwa Perancis berkata Lubitz bukanlah seorang pengganas dan tidak ada alasan untuk menganggap kemalangan itu sebagai serangan pengganas. Rakaman menunjukkan jeritan penumpang telah pun bermula sebelum terhempas, katanya.

Terdahulu, seorang pendakwa raya  Jerman telah berkata bahawa salah satu daripada dua juruterbang pesawat Germanwings itu berada dalam kokpit pada masa ia terjunam.

New York Times melaporkan bahawa “kotak hitam” menunjukkan rakaman salah seorang juruterbang telah meninggalkan kokpit dan tidak kembali ke dalam sebelum pesawat itu terhempas.

“Seorang dalam kokpit dan seorang yang lain tidak,” kata Christoph Kumpa kepada Reuters melalui telefon, sambil menambah bahawa maklumat yang datang adalah daripada penyiasat di Perancis.

Penyiasat masih meneliti rakaman suara dari salah satu daripada “kotak hitam” pada hari Khamis manakala carian diteruskan bagi mengesan “kotak hitam” kedua dalam gaung di mana pesawat itu terhempas, 100km dari Nice.

Rakaman tidak memberi penjelasan lanjut mengapa juruterbang meninggalkan kokpit atau mengapa dia tidak boleh masuk semula sebelum pesawat terjunam sebelum terhempas.

“Lelaki itu berada di luar mengetuk pintu dan tidak ada jawapan.”

“Dan kemudian dia cuba memecah masuk pintu yang kukuh dan tidak ada jawapan. “

“Anda boleh dengar dia sedang cuba untuk memecah masuk pintu” kata penyiasat.

Ketua Pengarah Eksekutif GermanWings Thomas Winkelmaan mengesahkan 72 penumpang yang terkorban adalah warga German, termasuk 16 pelajar yang baru pulang daripada program pertukaran pelajar. Sementara 51 yang lain adalah warga Sepanyol dan tiga lagi warga Britain.

Turut terkorban adalah penumpang dari negara Australia, Argentina, Iran, Venezuela, Amerika Syarikat, Belanda, Colombia, Mexico, Jepun, Denmark dan Israel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here