Bayangkan anda adalah orang yang berada dalam situasi ini ketika nak minum air yang dipesan di kedai makan, dan bila air yang diminum hampir je nak habis, tiba-tiba ternampak seekor cicak berada dalam air itu.

Begitulah situasi yang berlaku kepada seorang lelaki yang menggunakan nama Yus Beger apabila terjumpa seekor cicak dalam air milo yang diminumnya.


Katanya, air milo yang dipesan di sebuah kedai makan yang agak terkenal di Semenyih, sungguh sedap. Tapi ketika saja air hampir habis diminumnya, dia terkejut bila terdapat cicak dalam minumannya.

Sungguh menjijikkan, sepatutnya pengusaha kedai lebih berhati-hati dalam hal kebersihan ini. Kasihan pelanggan, lagipun mereka bukan dapat free perkhidmatan yang disediakan, tapi dengan bayaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here