Wow! Kagum sebentar bila tengok gambar kereta mewah ini yang dikatakan adalah pemberian sebagai hadiah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar daripada Putera Charles.

Berita berkenaan pemberian kereta mewah ini kepada Sultan Johor tersebar luas kerana ia bukanlah calang-calang kereta, berdasarkan harga pasaran semasa Malaysia, anggaran kereta tersebut bernilai antara RM1.2 – RM1.4 juta

Bagi membuat pecutan dari 0-100km/j, kereta ini dikatakan hanya mengambil masa lebih kurang 4.4 saat sahaja dan mencapai kelajuan maksimum 256km/j. Agak-agak kalau kereta ni lalu tepi kita mesti tak perasan sebab laju sangat kan? Hehe.

Menurut satu sumber, kereta itu dihadiahkan bersempena dengan Kemahkotaan Sultan Ibrahim tempoh hari. Tapi adakah berita ini benar?


Jawapanyna adalah TIDAK. Tengku Idris telah mengesahkannya melalui akaun Instagram beliau bahawa cerita disebarkan itu tidak benar.

Apa-apa pun, jom tengok video di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here