Seorang lelaki ditemui tidak bernyawa dalam keadaan lehernya terjerut dengan kabel ekektrik jam 9 pagi oleh anak perempuan bongsunya yang berusia 8 tahun di dapur.

Menurut isteri mangsa yang berusia 38 tahun, dia terkejut apabila anaknya itu membangunkannya daripada tidur dan memberitahu bahawa bapanya tergantung di dapur.

Turut ditemui sehelai nota dan sebungkus nasi goreng ayam yang dipercayai ditinggalkan mangsa untuk isterinya.

‘Terima kasih sudi menjadi isteri yang ikhlas. Cuma awak dari awal hingga akhir, demi Allah. Suami mu yang malang terlalu rindukan emak!! Assalamualaikum!’. Demikian antara kandungan nota yang ditinggalkan mangsa yang ditemui mati dalam keadaan lehernya terjerut.

“Kadang kala dia turut menggunakan senjata tajam untuk mengugut mencederakan dirinya. Saya juga ada menegurnya agar jangan terlampau tertekan dengan masalah-masalahnya itu,” katanya.

Katanya lagi, terjadi satu perbalahan antara dia dan suaminya pada awal pagi sebelum kejadian dan suaminya juga cuba mengugut untuk mengelar lehernya sendiri menggunakan pisau.

“Saya cuba hubungi polis tetapi telefon bimbit saya dirampas oleh suami. Saya mahu keluar namun pintu rumah di bahagian depan dan belakang telah dikunci suami.

“Saya yang keletihan kerana berniaga dari lewat petang terus masuk tidur. Namun pagi ini saya dikejutkan dengan kejadian ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here