DUBAI – Bandar yang popular ini menjadi tempat orang tertentu untuk meninggalkan kenderaan mewah mereka bagi mengelakkan tindakan undang-undang kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Sebanyak lebih 3000 kereta mewah dijumpai oleh pihak berkuasa pada setiap tahun di banyak tempat termasuk lokasi letak kenderaan lapangan terbang dan pusat beli-belah yang ditinggalkan oleh tidak kira orang luar mahupun penduduk tempatan.

Kebiasaannya, jika empunya kereta tidak muncul dalam tempoh masa 15 hari, maka kereta itu akan dilelong pada harga yang sangat murah.

Jurucakap polis menyatakan, perbuatan meninggalkan kereta mewah di Dubai semakin menjadi-jadi dan kebanyakan kereta itu tidak pernah dituntut kembali oleh tuannya.

“Keadaan itu mungkin kerana sistem perundangan di negara ini yang tidak memberi perlindungan muflis kepada pemilik kereta tersebut selain mereka akan ke penjara sekiranya gagal untuk membayar hutang,” katanya.

Kereta yang biasanya dijumpai ialah jenis Ferrari, Mercedes dan Porsche.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here