Polis Jerman yang menyiasat pembantu juruterbang pesawat Germanwings, Andreas Lubitz telah menjumpai petunjuk penting di rumahnya menurut satu laporan.

Pegawai itu mengesahkan bahawa penemuan itu bukan nota bunuh diri, namun mereka tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat lagi ketika siasatan lanjut masih dijalankan.

Lubitz, 28, sengaja menghempaskan pesawat itu ke Alps, Perancis selepas mengunci dirinya di dalam kokpit, membunuh 150 orang.

Polis Düsseldorf, Markus Niesczery berkata: “Kami ingin mencari jika ada sesuatu yang akan menjelaskan apa yang berlaku.

“Kami telah menemui sesuatu yang kini akan dihantar untuk diuji.

“Kami tidak boleh mendedahkannya buat masa sekarang, tetapi ia boleh menjadi petunjuk yang amat penting kepada apa yang telah berlaku.”

Bercakap kepada Daily Mail, beliau berkata: “Kami berharap ia boleh memberikan beberapa petunjuk.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here