Tahukah anda? Terdapat hospital di Zimbabwe yang mengenakan bayaran $5 kepada ibu setiap kali mereka menjerit ketika melahirkan anak. Alasannya adalah kerana membunyikan “penggera alarm palsu.”

Wanita yang tidak mampu membayar yuran bersalin $50 dan bayaran kerana menjerit, mereka secara paksa akan ditahan sehingga keluarga mereka membayarnya.

Di Zimbabwe, pendapatan tahunan purata setiap orang adalah sekitar $150. Ertinya, ramai wanita yang menjerit beberapa kali ketika bersalin perlu membayar hospital separuh daripada pendapatan tahunan mereka selepas melahirkan bayi.

Peluang mereka yang hidup selepas melahirkan anak di rumah juga adalah rendah. Dianggarkan lapan ibu meninggal dunia setiap hari semasa melahirkan anak di Zimbabwe.

Menurut Washington Post, Transparency International berjaya mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang berjanji untuk melakukan sesuatu tentang hospital yang gila ini. Sejak itu, TI tidak menerima sebarang aduan lagi mengenai ibu yang dikenakan bayaran jika menjerit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here