Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang setelah keluar bermain di sekitar rumahnya di Kampung Tolokoson Kemabong telah dijumpai selamat.

Setelah menghilangkan diri kira-kira 18 jam, mangsa, Healezery Zeandfly Henderi dijumpai dalam keadaan menggigil dan ketakutan.

Mangsa yang dijumpai hanya memakai singlet dan seluar pendek itu duduk beralaskan semak samun dan mengalami kecederaan kecil di sebelah kanan di bawah mata dan belakang badan dikatakan kesan daripada gigitan semut.

Kehilangan mangsa itu hanya disedari keluarganya setelah tidak kembali ke rumahnya selepas keluar bermain bersendirian. Mangsa dilaporkan dijumpai di kawasan hutan berhampiran rumahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here