Salah satu tempat yang terbaik di rumah mestilah di bilik tidur. Tidur, membaca, makan, banyak benda yang kita suka lakukan di situ. Namun, kita tidak tahu bahawa mungkin ada makhluk-makhluk kecil yang hidup atas katil bersama kita.


Kita mungkin tidak melihatnya tetapi sebahagian daripada makhluk ini boleh membahayakan kita, malah boleh menyebabkan kematian juga.

Video di bawah boleh memberikan beberapa maklumat tentang makhluk-makhluk tersebut.

Haiwan-haiwan ini boleh menyebabkan bahaya besar kepada manusia. Mereka mungkin dalam bilangan kecil tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang boleh membawa kepada kematian. 

Antaranya ialah Pepijat katil dan kutu yang hidup dengan menghisap darah manusia. Mereka boleh menyebabkan anemia (kurang darah). Hama habuk pula boleh menyebabkan asma dan alahan. 

E.Coli dan MRSA adalah antara yang paling berbahaya. E.Coli boleh menyerang buah pinggang serta otak dan MRSA boleh menyebabkan jangkitan kulit dan juga lain-lain jenis pelbagai jangkitan yang boleh mengakibatkan kematian.

Cara terbaik untuk mengelakkan haiwan ini adalah dengan membersihkan tempat tidur anda. Pastikan kebersihan sentiasa terjaga setiap hari supaya anda boleh tidur dengan nyenyak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here