Pengacara TV popular, Awal Ashaari cedera ringan selepas kenderaan yang dia naiki terbabas dan terbalik di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (NSE) berhampiran kawasan rehat Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Dalam kejadian jam 11:15 pagi itu, Awal, 34 sedang dalam perjalanan ke program Melodi di Karnival Jom Heboh sebagai pengacara di Stadium Hang Jebat di Krubong.

Kereta itu dipandu oleh sahabat rapatnya, Izuan Mokhtar, 31.

Awal ketika ditemui di hospital itu berkata beliau hanya mengalami kecederaan di bibirnya manakala Izuan mengalami luka disiku beliau. 

Alhamdulillah, difahamkan mereka akan keluar dari hospital hari ini.


Di bawah adalah gambar-gambar yang dikongsi oleh beliau di laman Instagram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here