Broly merupakan salah seorang ahli kumpulan Knights Templar Cartel. Laporan mengatakan bahawa dia telah ditangkap dan dibunuh, namun ada yang mengatakan dia masih lagi hidup. Tetapi satu perkara yang pasti, lelaki ini suka berselfie.


Menurut satu laman web, kartel dadah Mexico sangat aktif menggunakan media sosial. Sehingga awal tahun lepas, Knights Templar mempunyai halaman Facebook dengan lebih daripada sepuluh ribu likes dan penuh dengan mesej yang memberi sokongan kepada mereka. Namun, akhirnya Facebook menutup halaman tersebut.

Dikatakan ramai pengedar dadah Mexico menggunakan media sosial untuk bercakap gah, sama ada untuk mempamerkan wang, senjata api atau dadah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here