Kerajaan Kanada telah memberikan pemburu ‘lampu hijau’ untuk pemburuan anjing laut. 
Setiap tahun, beratus-ratus ribu kematian anjing laut dilaporkan berlaku. Mereka ditembak atau dibunuh dengan alat memburu yang mempunyai kepala tukul yang digunakan bagi menghancurkan tengkorak dan cangkuk yang digunakan bagi mengheret bangkai.

Anjing laut ini tidak berdaya untuk melarikan diri daripada pemburu. Banyak daripadanya yang terbunuh berusia 3 bulan atau lebih muda dan masih belum tahu bagaimana untuk berenang atau makan makanan pepejal pertama mereka.

Anjing laut biasanya dibunuh untuk mendapatkan kulit atau bulu mereka, ada juga digunakan untuk membuat supplement kesihatan dan tenaga batin yang merupakan ramuan terkenal di beberapa pasaran Asia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here