Kejadian tertinggal kapal terbang memang sering membuatkan kita gopoh gapah. Belum lagi kira jika kita kekurangan duit untuk membeli tiket kapal terbang yang lain.

Seorang lelaki dari Shandong menarik perhatian orang ramai baru-baru ini apabila dia dengan selamba menanak nasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Menurut satu laporan, dia terlepas penerbangan dalam perjalanan pulang ke Shandong dari Singapura, ketika itu dia baru sahaja berhenti kerja di bidang pembinaan di Singapura.


Lelaki itu membeli tiket pulang ke Shandong dan menghantar kira-kira 7,500 yuan kepada keluarganya, berbaki hanya 200 yuan untuknya. Setelah mendarat di Hong Kong, dia berehat di atas sebuah bangku lalu tertidur. Ketika itulah dia tertinggal penerbangan.

Dia terpaksa membayar 200 HKD untuk menaiki penerbangan seterusnya pada hari berikut. Dengan hanya sekitar 20 HKD dalam poketnya, dia tidak mampu membeli makanan yang mahal di lapangan terbang dan kemudiannya menanak nasi sendiri menggunakan rice cooker yang dibawanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here