Baru-baru ini tersebar sebuah rakaman video seorang lelaki yang melakukan solat seperti bersilat. Video yang dimuatnaik oleh Suara.TV itu menjadi viral dan mendapat banyak reaksi negatif daripada pengguna laman Facebook.

Ada yang menganggap cara solat lelaki itu tidak ubah seperti menari atau bersilat. Ramai yang menjadikan solat lelaki itu sebagai bahan gelak ketawa.


Namun, seorang lelaki yang menggunakan nama Jug Cue tampil memberikan penjelasan sebenar keadaan lelaki itu.

“Abang ini ada masalah mental sikit. Dia tidur di masjid. Keluarga tak tahu kat mana. Haritu makan minum dia, kitorang jaga, di Masjid Taming Jaya, Balakong.

“Tabiat dia pergerakan tu. Itu antara dia dengan Allah.

“Tiap-tiap selepas sembahyang, dia mengaji. Muhasabah diri kita dulu. Nama dia Sudirman, berasal dari Sabah. Family ada di Selangor tapi tak tahu kat mana.

“Baju hanya ada dua helai, koko dan jubah putih. “Kalau jumpa, tolonglah derma kat dia. Kali terakhir kami bawa dia, Masjid Sri Petaling,” jelas Jug.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here