Doktor di India telah membuat penemuan yang mengejutkan selepas menjalankan imbasan CT pada seorang budak.

Perut budak lelaki yang berusia 4 tahun yang bernama Sivam Kumar ini telah didapati tersumbat dengan rambut manusia.

Menurut sumber, budak ini menghidap penyakit ‘Sindrom Rapunzel’, satu keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan kanak-kanak itu suka makan rambutnya sendiri.

Sivam Kumar dipercayai telah menelan rambutnya selama sembilan bulan, sering muntah dan tidak dapat makan secara normal yang akhirnya menyebabkan kekurangan zat makanan dan dehidrasi.

Pada mulanya, doktor fikir bahawa budak lelaki itu mengalami jangkitan selepas melihat perut kembung teruknya.

“Dia pernah menangis sepanjang masa tetapi dia tidak boleh menjelaskan kepada kami apa masalahnua. Kami membawanya menemui ramai doktor tetapi mereka tidak menjumpai apa-apa,” kata bapa budak itu.

Sivam menjalani pembedahan sejam lamanya pada bulan Februari selepas pakar mengenalpasti punca sebenar keadaannya dan berjaya mengeluarkan kumpulan rambut yang besar yang mengisi perutnya serta usus kecil dan besarnya.

Ini sebahagian daripada rambut dikeluarkan berukuran lebih daripada 1.2 meter panjang.

Ibu bapa Sivam dinasihatkan untuk menjaga budak itu daripada makan rambutnya sendiri untuk mengelakkan kejadian itu berulang lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here