Rasanya pasti ramai yang sudah tahu kisah Yatt Hamzah dan suaminya yang pada mulanya memfailkan penceraian namun kemudiannya menarik balik. Mereka dikatakan sudah berbaik-baik semula dengan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor.

Menurut satu cerita, keputusan tersebut diambil setelah mereka berdua pulang dari Syria untuk merasaai sendiri penderitaan penduduk di sana, mungkin ia telah memberi kesedaran kepada mereka bahawa masalah mereka hanyalah kecil saja berbanding kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Syria.

Yaat turut berkongsi isi hatinya di laman Instagram yang menyentuh hati ramai peminatnya.


“May this LOVE last till Jannahtul Firdausi?May Allah’s pleasure and blessings always be with us. Ameen??? Selawat dan salam kpd Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat semuanya… “RAHMAT ALLAH PADA SEORANG YG BERGELAR SUAMI DAN ISTERI”

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw bersabda yg Bermaksud; Allah merahmati seseorang lelaki yg bgn di waktu malam dan membangunkan isterinya lalu apabila isterinya enggan, lelakinya itu memercik- mercikkan air dimukanya. Allah juga merahmati seorang wanita yg bgn di waktu malam lalu bersolat, dan juga suaminya dan apabila suaminya itu enggan lalu memercik-mercikkan air dimukanya.

(Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud)-Wasallam”

Pasti ramai peminat menyukai berita baik ini. Apa-apa pun marilah kita berdoa semoga hubungan mereka berkekalan selama-lamanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here