Seremban – Seorang penunggang motosikal cedera parah apabila kenderaan yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong – Jalan Labu, di sini, awal pagi kelmarin.

Mangsa, Ching Kok Jun yang menunggang motosikal jenis Modenas itu dilaporkan putus kaki kiri setelah merempuh sebuah kereta Proton Gen 2 ketika dalam perjalanan dari arah Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata bahawa keadaan mangsa kini sudah stabil manakala pemandu kereta tidak mendapat sebarang kecederaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here