Seorang pelajar kejururawatan yang menyembunyikan kehamilannya ditangkap kerana membunuh anak yang baru dilahirkan dengan membuang bayi itu dari tingkat sembilan apartmen asramanya.

Hao Li, seorang pelajar di Kolej Kejururawatan Hainan Kedua, China itu kini telah ditahan oleh polis selepas dia didakwa membunuh bayinya.

Lapan pelajar lain yang berkongsi bilik dengannya dia tidak sedar bahawa Hao mengandung dan melahirkan anak di bilik mandinya itu.

Hao dikatakan membunuh anaknya ketika pelajar lain sedang tidur dan hanya menyedari ketika mereka terdengar tangisan bayi itu.

Hao dikatakan panik kerana bimbang orang lain mengetahui rahsianya lalu mencampakkan bayi yang baru dilahirkannya dari tingkat sembilan.

Menurut laporan, Hao mempunyai badan yang montel, jadi tiada siapa yang mengesyaki dia sedang mengandung.

Doktor mengatakan bahawa Hao berada dalam keadaan yang baik dan kini dalam tahanan polis. Siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here