Tahukah anda, wujud satu peraturan yang pelik dan aneh di Longyearbyen, Norway, iaitu anda dilarang keras untuk meninggal dunia di sini. Kenapa agaknya ya?

Sebenarnya, tanah tempat itu adalah tanah permafost, iaitu sejenis tanah yang berada di titik beku 0 darjah celsius. Ia terletak di lintang tinggi, iaitu di antara kutub utara dan selatan.

Permafrost biasanya terbentuk dalam iklim di mana suhu udara rata-rata tahunan kurang dari titik beku air. Ia biasanya boleh dijumpai di sebahagian besar Siberia , Kanada , Alaska dan Greenland.


Ok, berbalik kepada peraturan dilarang meninggal di Longyearbyen itu. Sebab utama kerajaan membuat undang-undang ini adalah kerana mayat yang dikuburkan di tanah itu tidak boleh reput sepertimana mayat yang dikuburkan di tempat lain.

Jadi, bagi jika ada juga orang yang meninggal di situ, mayat mereka akan diangkut dengan helikopter untuk dibawa ke pulau utama Norway.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here