Seorang gadis bernama Olga telah dibunuh ketika umurnya 10 tahun. Apa yang lebih dahsyat lagi, pembunuh menggunakan tubuhnya untuk membuat anak patung yang disimpan di dalam biliknya.

Dia juga memakaikan pakaian pada badan mayat tersebut supaya nampak seperti patung.

Pembunuh bernama Anatoly Mosvkin yang berasal dari Rusia ini mempunyai hobi yang sangat mengerikan, iaitu mencuri mayat kanak-kanak perempuan muda dari kubur untuk dibuat sebagai anak patung di dalam biliknya. Anatoly mengenakan pakaian pada mayat-mayat yang dicuri supaya ia kelihatan seperti patung. Bukan itu sahaja, dia juga memakai make up pada muka mayat itu.

Olga adalah salah seorang mangsa Anatoly yang telah dibunuh pada tahun 2002 apabila beliau mahu melawat neneknya, dikebumikan pada tahun yang sama dan 10 tahun selepas itu, apabila keluarga menggali kubur Olga, jasadnya sudah tiada.

Setelah kejahatan Anatoly dibongkarkan, dia dihantar ke hospital sakit mental setelah dipastikan dia mengalami gangguan jiwa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here