Baru-baru ini, klip rakaman pergaduhan melibatkan sekumpulan gadis dengan seorang pemandu teksi telah menimbulkan kontroversi menjadi viral dan mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengguna internet.

Kedua-dua pihak nampaknya ada cerita tersendiri, yang pasti salah satu cerita adalah bohong.

Menurut kisah yang diceritakan oleh Sharifah Fara Ryyana Syed Fareid, kejadian itu berlaku disebabkan pemandu teksi yang tidak mahu memberi laluan kepada keretanya walhal telah diberikan isyarat masuk ke kiri, termasuklah dengan menggunakan isyarat tangan.

Jika itu cerita yang dimaklumkan pihak sebelah perempuan, semalam pemandu teksi tampil menafikan cerita yang dia ada terkasar dengan kumpulan wanita itu.


“Sebenarnya apa yang didakwa mereka (kumpulan gadis itu) tidak benar malah saya berani bersumpah dengan nama Allah SWT saya ditendang dan dipukul dulu,” 


“Kereta dinaiki kumpulan gadis itu dipandu dalam keadaan tergopoh-gapah sebelum bergesel dengan bahagian hadapan teksi saya,” 
kata Azmi Mat Mokhtar, 54, pemandu teksi yang terlibat dalam kejadian pergaduhan yang melibatkannya dengan sekumpulan gadis.

Itu cerita pemandu teksi terbabit. Seorang individu yang mendakwa dirinya rakan sepejabat pemandu teksi telah memuatnaik status di laman Facebook,
mengatakan pemandu teksi itu tidak ada berkasar dengan gadis-gadis itu. 

Berikut petikannya:

“Salam semua, driver teksi yang korang dok kutuk itu merupakan salah seorang kakitangan office ambe. Nama dia Cikgu Azmi. Kitorang panggil dia cikgu sebab dia mengajar driver cara memandu Prime Mover (tau tak? Trailer la) dengan cara yang betul.

Dia bukan full time bawa teksi tetapi dia ada lesen teksi dan merupakan seorang bekas tentera.

Kisahnya bermula apabila kereta Myvi budak-budak itu melanggar teksi Cikgu Azmi dan blah macam tu je. Cikgu Azmi nak kejar sebab nak settle tetapi diorang pecut menghala ke Shah Alam.

Last-last dapat block kereta mereka di Petron Seksyen 7 Shah Alam.

Keluar je dari kereta, dihambur segala cacian. Korang dah tengok video itu kan.

Aaa, lupa nak cakap, Cikgu Azmi ni selalu jadi imam di surau office kami.

Okay, sambung cerita, kesan dari amukan tersebut, telefon Cikgu Azmi telah retak. Kos baikpulih pula menelan belanja RM600.

Untuk menguatkan fitnah terhadap Cikgu Azmi, salah seorang budak ini telah memecahkan cermin kereta diorang sendiri. Terdapat kekelakaran di situ.

Habis on-scene punya cerita.

Sampai di Balai Polis, sedang Cikgu Azmi membuat laporan polis, datang bapa budak-budak itu yang bergelar Datuk. Datang bising-bising terus menumbuk muka Cikgu Azmi. Seterusnya datang makcik a.k.a Datin melempang muka Cikgu Azmi. Darah bercucuran di lantai balai polis.

Untuk pengetahuan korang, Cikgu Azmi tidak langsung menggunakan kekerasan dalam kes ini. Harap dapat menjelaskan segala kekeruhan yang timbul.”

Siapa-siapa pun yang salah, marilah kita ambil pengajaran daripada insiden ini, jangan disebabkan marah, kita buat apa yang kita suka sama ada daripada segi perkataan atau perbuatan. Apa-apa pun, kita serahkan je kes ni kepada polis, biar polis siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here