Ketakutan terhadap ular adalah satu kebiasaan buat manusia. Tetapi adakah anda tahu bahawa ular juga ada rasa takut? Ya! Ketakutan itu adalah ketakutan terhadap ular lain.

Dalam satu video di YouTube, seorang lelaki ingin tahu apa yang ada dalam perut seekor ular dengan perut kelihatan terlalu besar yang sudah ditemui dalam keadaan mati. Apa yang mengejutkannya dia menemui seekor ular lain yang saiznya hampir sama dengan ular yang menelannya tadi.


Walaupun ular memang terkenal dengan keupayaannya yang boleh makan haiwan sebesar kerbau, kejadian ini memang luar biasa kerana bukan saja ular ini menelar ular lain yang sama spesis dengannya, malah sama juga dari segi saiznya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here