Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun disahkan meninggal dunia setelah terjatuh dari tingkat dua Kompleks Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur petang jumaat semalam.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku lebih kurang 3.04 petang ketika mangsa sedang bermain-main di kawasan sekitar eskalator berkenaan sebelum terjatuh dari ketinggian dua tingkat di pasar raya terbabit.

Mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah dibahagian kepala.

Apa-apa pun perkara ni dah berlalu, jadikan insiden ini sebagai iktibar dan pengajaran buat para ibu bapa mengawasi anak-anak tak kira di mana berada.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here