Hulu Selangor: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam keadaan seperti sedang sujud setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 4, Jalan Sungai Choh ke Sungai Buaya, di sini, 5 petang semalam.

Difahamkan nahas berlaku ketika mangsa, Amirruddin Yaakub, 38, yang menghala ke Sungai Buaya terbabas setelah gagal memotong lalu bergesel dengan sebuah lori yang hendak memasuki simpang Taman Kosaso .

Mangsa yang hilang kawalan sebelum terjatuh dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here