KUALA LUMPUR, 4 April – Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis adalah antara enam orang yang terlibat dalam kemalangan helikopter maut di Semenyih petang ini menurut satu laporan media.

Jamaluddin dipercayai bersama VIP lain termasuk ahli korporat sedang berada dalam di dalam pesawat apabila ia terhempas pada hari ini.

Tiga mayat rentung telah ditemui dari lokasi kemalangan manakala penyelamat masih mencari tiga penumpang yang lain.

“Menurut maklumat awal yang diterima, helikopter terhempas dan terbakar pada kira-kira 4:55 petang,” kata jurucakap Jabatan Pertahanan Awam dipetik dari laporan Bernama.

Jurucakap itu berkata, kemalangan itu berlaku ketika cuaca hujan dan angin kencang sedang berlaku. Tiga pasukan penyelamat dari Kajang, Bangi dan Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kemalangan.

Pesawat terbabit dipercayai milik swasta S 365 (Solitaire Services).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here