Sebelum ini kami ada paparkan ucapan sayu Yatt Hamzah kepada suaminya yang dikongsikan di laman Instagram.

Kali ini kami nak berkongsi pula luahan hati Abby Abadi yang sangat menyayat hati. Bukan kami sahaja yang terasa kesedihan yang dialami Abby, tapi juga peminatnya turut tersentuh dengan kisah hidup yang dihadapi oleh beliau.


Rasa berdosa tak dapat besarkan mereka dengan seseorang bergelar bapa…

Lepas Subuh tadi….. Kejut Dania & Baby utk ke sekolah. Usap2 kepala mereka, ucap “Assalamualaikum”… sambil berdoa. Tiba2 terpandang gambar2 mereka yg bertampal di dinding, airmata mengalir tanpa henti……….

Terdetik dalam hati, besar dah anak3 ni…. Rasa berdosa sangat sebab tak dapat membesarkan mereka dgn seseorang yg bergelar bapa. Sedihhh sangat tiba2.. .

Airmata mengalir lagi…


Waktu menulis ni pun… Mengalir lagi airmata ini. Hanya ALLAH je tahu apa yg terbuku di hati ini. Memang lah Papanya ada lagi.. Tapi tak sama yg tinggal sekali, dgn yg jumpa bila ada masa.

Bila tengok Anak3 org lain, yg lelaki dipimpin bapanya sewaktu ke Masjid, jalan2, hati Sy pun mahu Anak3 ini dapat semua tu. Doakan Sy… Nampak kuat, tapi tak kuat manapun. Syukur Sy ada ALLAH. Kalau tak taktahu apa jadi pd Sy & Anak3 ini…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here