Seorang nenek dari Itali secara tidak sengaja mengacau coklat panas yang sudah lama melebihi tarikh luput untuk keluarganya.

Wanita berusia 77 tahun yang dikenali sebagai Rosetta, meracuni dirinya, suaminya, anaknya, dua cucunya dan rakan mereka apabila meminum coklat panas yang sudah tamat tempoh 25 tahun yang lalu.

Mereka sekeluarga segera mendapatkan rawatan di hospital selepas mula mengalami sakit perut yang teruk dan muntah-muntah.


Selepas dibenarkan balik dari hospital, dia memeriksa paket minuman coklat tersebut dan mendapati ia telah tamat tempoh pada bulan Jun 1990.

Dia terlupa tentang paket minuman itu selama bertahun-tahun dan terus mengacau ke dalam susu panas untuk dihidangkan kepada keluarganya apabila cucunya meminta minuman coklat panas.

Salah seorang cucu nenek itu dimasukkan ke hospital selama hampir tiga minggu kerana kesan yang sangat teruk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here