Petaling Jaya: Bapa kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meninggal dunia kira-kira 01:45 pagi tadi, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut status Facebook yang dikemaskini oleh Dr Wan Azizah, mayat bapa mertuanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman akan dibawa pulang ke Lot 459, pinggir Pelangi Pagi, Country Heights, Kajang.

Menurut Presiden PKR itu, jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Ramal selepas solat Zuhur nanti.

Beliau berkata, apabila ibu Anwar meninggal dunia, beliau juga berada di penjara ketika itu.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun penjara selepas Panel lima orang hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memutuskannya bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here