Biso ini bebas akhirnya!

Kucing bernama Biso ini telah terperangkap di belakang dinding di sebuah stesen kereta api di Kaherah, Mesir selama lima tahun tetapi kempen media sosial akhirnya membantu membebaskan kucing itu.

Pengalaman pahit Biso bermula pada tahun 2010 apabila ia menjadikan belakang dinding tersebut sebagai tempat persembunyian untuk berlindung daripada kucing besar yang lain. 

Biso masih hidup sehingga kini kerana terdapat seorang lelaki tua yang dikenali sebagai Uncle Abdo yang ternampaknya dan memberi ia makan sisa makanan setiap hari dan juga memberinya air melalui lubang di dinding tersebut. 

Namun, Biso tersekat dan terperangkap di belakang dinding kerana badannya semakin membesar dan akhirnya tidak boleh keluar.


Percubaan 
untuk menyelamatkan Biso sebelum ini gagal apabila ia menjauhkan diri dari lubang dinding kerana takut.

Tetapi akhirnya Biso berjaya diselamatkan hasil usaha daripada sekumpulan wanita dan media sosial yang menyebarkan tentang berita ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here