Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis meninggalkan mesej yang sangat menyentuh hati beberapa hari yang lalu yang dihantar melalui WhatsApp kumpulan rakan golf beliau.

Beliau telah berkongsi mesej yang berinspirasikan tentang kehidupan.

Berikut adalah petikan daripada mesej tersebut yang dikongsikan semula oleh rakan lamanya, Ahmad Nordin.

“Tetapi, inilah dia…pusingan hidup saya sudah lengkap dan hal itu tiba dengan mengejutkan…Bagaimana saya boleh berada sehingga ke tahap hari ini dengan pantas? Di mana perginya tahun-tahun dalam kehidupan saya berlalu dan di mana perginya zaman remaja saya? “Masa bergerak terlalu pantas dan tidak disedari tahun berlalu. Kelihatan seperti baru semalam saya menjadi orang muda, baru sahaja kahwin dan memulakan kehidupan baharu sebagai pasangan.”

Tambah Ahmad Nordin, mesej WhatsApp Allahyarham Jamaludin yang mengandungi 16 perenggan tersebut berakhir dengan tulisan yang bermaksud;

“Hari ini merupakan hari tertua untuk kamu dan juga masih muda untuk kamu, jadi nikmatinya.”

Ahmad Nordin yang merupakan sahabat baik untuk permainan golf kepada Allahyarham Jamaludin mengatakan bahawa mereka baru saja selesai perlawanan golf amal di Shah Alam untuk menyiapkan Rumah Anak-Anak Yatim Bukit Ibam, Rompin, Pahang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here