Identiti mangsa terakhir nahas helikopter tragis di Semenyih, Aidana Baizieva, kini telah dikenalpasti hari ini.

Baizieva adalah seorang warganegara Kyrgyzstan, masih bujang dan telah bekerja di Malaysia untuk sekurang-kurangnya setahun.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Abd Samah Mat, wanita itu adalah rakan kepada juruterbang helikopter, Kapten Clifford William Fournier.

Pengesahan itu adalah berdasarkan maklumat rakan dan siasatan di rumah mangsa di Pantai Dalam, polis menemui bukti meyakinkan bahawa mangsa adalah kenalan Clifford.

Baizieva yang dipercayai terkorban dalam kemalangan Semenyih dikatakan sebagai pembantu juruterbang helikopter pada mulanya, tetapi kemudiannya disahkan adalah seorang seorang pekerja Penerbangan Cempaka.

Melalui laman rangkaian sosial, sekeping gambar Baizieva yang disebarkan menjadi tanda tanya ini kini terungkai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here