Jika anda ingin membeli ikan di pasar raya atau pasar, anda perlu terlebih dahulu mengenal keadaan ikan itu sama ada segar atau tidak. Kerana tidak semua ikan yang dijual semuanya segar, ada yang telah disimpan untuk waktu yang lama menggunakan pengawet supaya tahan lama.

Ikan yang mengandungi pengawet atau terlalu lama, isinya dikhuatiri ada bakteria berbahaya. Jika ia masuk ke dalam badan anda, ia akan memudaratkan kesihatan anda. Di samping itu, kandungan protein telah hilang, tidak akan dapat memberikan apa-apa nutrien untuk badan.

Oleh itu, anda perlu tahu memilih ikan. Berikut adalah 4 cara mudah untuk membezakan ikan segar dan ikan yang tidak segar seperti dipetik Says.com.

1. Mata ikan

Ikan segar mempunyai warna yang jernih, tidak kuning, kusam atau coklat dan matanya timbul. Manakala ikan yang tidak segar memiliki warna kuning kemerahan dan mata sedikit tenggelam.

2. Insang

Ikan segar biasanya mempunyai insang berwarna merah terang, manakala ikan yang tidak segar mempunyai insang berwarna coklat.

3. Tekstur ikan

Jangan lupa melihat bahagian tekstur ikan untuk menentukan sama ada ikan itu segar atau tidak. Ikan segar mempunyai tekstur keras dan tidak berlendir, sementara ikan yang tidak segar mempunyai tekstur yang lembab dan penuh lendir.

4. Kulit ikan

Ikan segar mempunyai kulit berkilat dan sisik yang kuat, warna tidak pudar atau pucat. Jika ikan tidak lagi segar, kulitnya kusam, tidak berkilat dan mudah dicabut walaupun hanya menggunakan tangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here