Kalau sebelum ini kami ada memaparkan artikel tentang Dennis Kane, budak lelaki paling tampan di dunia, kali ini kami nak kongsikan gambar seorang gadis kecil yang juga tidak kalah cantiknya.

Liu Chu Tian, seorang kanak-kanak berusia 5-tahun telah mencipta namanya tersendiri kerana dikatakan mempunyai rupa paras paling cantik di dunia.

Dia bukan sahaja comel tetapi juga dikatakan mempunyai daya tarikan seperti bintang yang berkelipan.

Menurut ViralCham, banyak spekulasi mengatakan dia adalah darah campuran. Walau bagaimanapun, secara umumnya diketahui bahawa kedua ibu bapanya adalah penduduk asli cina yang berasal dari wilayah Fujian.

Kanak-kanak yang comel ini juga mesra dengan panggilan Tian Tian oleh keluarganya.

Pada usianya yang sangat muda, dia telah membintangi lapan iklan dan lima siri televisyen.

Ketika Liu berusia dua tahun, dia memasuki pertandingan ‘bayi selebriti’ dan muncul sebagai pemenang.

Sejak itu, dia telah mendapat perhatian dan menjadi langganan bintang iklan banyak syarikat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here