Nilai: Enam mangsa, termasuk lima pegawai keselamatan dan seorang kakitangan Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia telah ditetak enam perompak di sini kelmarin.

Menurut sumber, lima pegawai keselamatan sedang mengawas lima blok bangunan di pusat itu, manakala kakitangan itu pergi ke pejabat untuk mengambil beberapa barang yang tertinggal.

Pada jam 1.30 pagi, enam lelaki bertopeng memecah masuk ke pusat berkenaan. Ia berlaku pada masa yang apabila kesemua enam mangsa berada di sudut yang sama dari salah satu bangunan. Semua mangsa kemudian diikat dan dipukul.

Selepas itu, mereka ditetak dengan menggunakan parang dan kuku kambing. Setelah mereka ditetak, mereka telah dibawa ke Blok Pentadbiran sebelum merompak barang berharga milik mangsa.

Mangsa terdiri daripada lima rakyat Malaysia dan seorang Pakistan, mengalami kecederaan parah pada badan, kaki, tangan dan kepala. Salah seorang pengawal keselamatan dipercayai putus tangan kanannya akibat ditetak oleh perompak.

Ekoran mangsa sudah tidak berdaya lagi, suspek menggeledah bangunan itu tetapi tidak menemui apa-apa barang berharga. Kemudian, perompak mengambil telefon bimbit dan dompet daripada enam mangsa sebelum melarikan diri.

Kejadian itu disaksikan oleh seorang lelaki yang kemudiannya menghubungi polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here