Hukum duduk bertongkatkan tangan ke belakang menjadi tanda tanya sama ada hadis itu sahih atau palsu setelah ramai yang berkongsi status mengenainya di laman Facebook.

Apa yang dijelaskan dalam hadis sebenarnya apabila bertongkat dengan tangan kiri dibelakangnya sahaja dilarang kerana ia merupakan cara duduk golongan yang dimurkai Allah iaitu Yahudi dan umumnya semua orang kafir dan sebagainya.

قال الشريد بن السويد : مر بي رسول الله صلى الله

عليه وسلم وأنا جالس هكذا وقد وضعت يدي اليسرى خلف ظهري واتكأت على ألية يدي فقال لي : “أتقعد قِعْدة المغضوب عليهم ” رواه أبو داود.

Kata al syarid bin al suwaid: Rasulullah melintasi sedang aku duduk begini dia letakkan tangan kirinya belakang dan bertongkat dengannya maka Rasulullah s.a.w. Berkata: adakah engkau duduk dengan duduknya mereka yang dimurkai.

Hadis ini disahkan sahih oleh para imam seperti Al Hakim dan Al Zahabi, Al Nawawi, Al Albani.

Para ulamak berpendapat hadis ini secara nyata mengatakan hukumnya adalah haram walaupun ada juga sebahagian ulamak seolah-olahnya cenderung kepada hukum Makruh.

Namun jangan keliru. Kerana yang dikatakan haram itu jika bertongkat menggunakan tangan kiri sahaja ke belakang tidak kira dalam solat atau diluar solat.

Jadi jika ada yang nak duduk seperti itu hendaklah bertongkat menggunakan tangan kanannya sahaja atau kedua dua tangannya di belakang. Inilah pendapat yang diketengahkan oleh Imam Ibn Baz, Ibn Utsaimin, dan selainnya.


Wallahu a’lam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here