Tersebar di laman Facebook dan aplikasi whatapp hari ini foto seorang kanak-kanak perempuan yang cedera dimukanya seperti terkena libasan parang ketika ibu bapanya bertengkar yang dikatakan berlaku di Sungai Petani adalah palsu.

Sebenarnya cerita ini berlaku di luar negara dan setelah disiasat, pihak polis mendapati ada beberapa laman web dari Thailand dan Laos yang juga memuat naik foto tersebut namun tidak diketahui secara jelas nama tempat dan jenis senjata yang digunakan.


Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengatakan kes itu bukan terjadi di Sungai Petani kerana setelah membuat pemeriksaan, polis tidak mendapat apa-apa laporan daripada mana-mana pihak termasuk hospital.

“Jadi tiada kes seumpama itu berlaku di Sungai Petani dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayainya kerana laporan tidak tepat,” jelasnyanya.

Pihak polis menyifatkan tindakan individu yang menyiarkan foto kanak-kanak itu yang berlaku di Sungai Petani adalah tidak bertanggungjawab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here