9 April – Wartawan veteran, A. Kadir Jasin berkata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan bahawa ibu kepada Sirul Azhar Umar bertemu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Bekas editor kumpulan NSTP mendakwa ibu Sirul Azhar, Piah Samat telah berkongsi maklumat rahsia dengan Dr Mahathir berhubung pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 “

Pertemuan yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya telah diatur oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Sirul dan bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri telah dijatuhkan hukuman mati pada bulan Januari selepas didapati bersalah membunuh Altantuya pada tahun 2006.

Semasa perbicaraan 2009 di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Sirul mendakwa bahawa dia telah dijadikan kambing hitam untuk menutup rancangan ‘pihak tertentu’.

Sirul tidak hadir ke mahkamah dan dia kemudiannya disahkan melarikan diri ke Australia dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya.

Pada masa ini dia ditahan oleh pihak berkuasa imigresen Australia. Dalam satu temu bual dengan media Australia, dia mendakwa bahawa dia telah melakukan pembunuhan atas arahan dan orang yang mempunyai motif pembunuhan “masih bebas”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here