Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang menyorok di dalam almari baju setelah dipercayai merogol seorang gadis ‘kantoi’ apabila dia dijumpai oleh ibu mangsa sendiri.

Lelaki itu dicekup apabila si ibu merasa pelik dengan tindakan anak gadisnya yang mencurigakan ketika dia hendak mengejutkan anaknya untuk ke sekolah dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi Selasa lalu.

“Ibunya mula curiga apabila mangsa lambat buka pintu bilik semasa diketuk dan teragak-agak selepas disuruh bersiap untuk ke sekolah, sedangkan dia tidak pernah bersikap sedemikian sebelum ini.

“Melihatkan perubahan anaknya yang begitu ketara, naluri si ibu kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena sebelum membuat pemeriksaan di dalam bilik ketika mangsa berada di dalam bilik mandi,” ujarnya.

Setelah memeriksa hampir kesemua tempat di dalam ruang bilik berkenaan, ibu mangsa terkejut apabila menjumpai seorang lelaki yang dikenali yang juga kenalan anaknya yang sedang menyorok di dalam almari baju bilik itu.

Bimbang anak gadisnya diapa-apakan, ibunya menghubungi polis supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Suspek kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here