PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata dalam satu kenyataan bahawa siasatan kes bunuh pada 2006 tersebut telah dijalankan ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Najib tidak terlibat dalam pembunuhan itu.

“Antara perkara yang dilaporkan kepada saya ketika saya sebagai Perdana Menteri adalah hasil daripada penyiasatan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

“Berdasarkan kepada penemuan daripada penyiasatan yang menyeluruh yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia yang telah disampaikan kepada saya, ia telah mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat langsung dalam kes itu,” katanya.

Altantuya dibunuh pada 18 Okt 2006 dan mayat beliau ditemui di hutan berhampiran Puncak Alam, Shah Alam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here