Kes kecurian motor memang kerap berlaku. Namun kali situasi berbeza berlaku di Sleman, Indonesia apabila seorang pencuri mengembalikan semula motosikal jenis Honda Revo yang dicurinya kepada pemilik motor asal berkenaan.


Si pencuri meninggalkan motosikal berwarna kuning itu dua hari kemudian bersama secebis nota permohonan maaf di sebuah gereja yang terletak tidak jauh dari rumah Febriyan, pemilik kenderaan itu,

“Maafkan saya kerana telah mengambilnya. Nama: Ahmad Dani Saputra. Alamat: Jalan Malioboro Simpang Sarkem.”

Febriyan kini telah menarik balik laporan bersabit kehilangan motosikal itu namun pihak polis masih dalam usaha untuk menjejaki suspek.

“Pencuri itu tetap akan dicari tetapi bukan untuk didakwa sebaliknya kami mahu memberikan ganjaran,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here