Penduduk telah digemparkan dengan penemuan misteri lubang berapi yang mengeluarkan api dan haba yang luar biasa di lereng bukit di China.

Lubang kecil ini boleh dilihat bercahaya oren terang kerana panas yang melampau di dalam. Ia mula muncul seminggu yang lalu ketika ditemui oleh pekerja binaan dan penduduk kampung.

Hu Tan, ahli geologi yang mengetuai kajian fenomena aneh ini berkata, “Udara yang keluar dari lubang begitu panas, yang sekiranya kamu berada atas tebing berhampiran ia akan terbakar.

“Walaupun ia adalah luar biasa, kami cukup yakin bahawa ia telah disebabkan oleh pembakaran spontan arang batu.”

Kawasan itu pernah digunakan untuk menjadi tempat melombong arang batu pada tahun 1970-an dan pernah terjadi fenomena yang sama pada tahun-tahun sebelumnya.

Haba dari lubang itu mencatatkan suhu sekitar 792C, yang cukup panas menyebabkan pakar-pakar tidak dapat menghampirinya untuk mengetahui berapa dalam lubang tersebut,

Pihak berkuasa kini telah menutup lubang itu kerana bimbang gas yang keluar boleh membahayakan pekerja di kawasan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here