Seorang lelaki Jepun dipercayai mempunyai hubungan intim dengan haiwan peliharaannya yang luar biasa. Bukan sahaja jenis haiwan peliharaannya pelik, tapi cara berinteraksinya juga.

Haiwan peliharaannya adalah seekor lintah gergasi yang diberi makan darah manusia, iaitu darah daripada lengannya sendiri.


Lengan lelaki itu seperti dilihat dalam video mempunyai banyak kesan gigitan oleh lintah gergasi itu.

Saiz lintah itu dipengaruhi oleh jumlah darah yang diambil dan yang dalam video ini kelihatan telah dijaga dengan baik.

Meskipun ada yang mendakwa manfaat perubatan daripada penggunaan lintah membantu untuk membuang darah kotor, namun tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan kaedah perubatan dengan cara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here