Tawau: Mayat bayi lelaki ditemui dalam keadaan menyedihkan apabila penduduk kampung menjumpai mayat bayi itu tanpa kepala dan dalam keadaan bogel dipercayai tertanam di celah timbunan sampah di Kamung Titingan, di sini, petang kelmarin.

Mayat bayi itu dijumpai dengan keadaan sebahagian tubuhnya telah hilang akibat dimakan anjing.

Penemuan itu bermula apabila seorang lelaki yang merupakan penduduk kampung itu melihat seekor anjing sedang membawa satu bungkusan plastik yang mencurigakan.

“Lelaki terbabit kemudian menghampiri bungkusan itu dan terkejut melihat mayat bayi tertanam bersama plastik berkenaan. 


Jantina bayi bagaimanapun tidak diketahui memandangkan mayat dalam keadaan tertiarap, selain usia sebenarnya juga masih belum dapat dipastikan,” kata Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah ketika dihubungi di sini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta supaya melaporkan kepada polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here