Perbuatan seorang peminat lelaki yang secara tiba-tiba melintas litar sewaktu sesi latihan Formula Satu (F1) Grand Prix China mengundang rasa tidak senang ramai pihak terkejut termasuk pemandu.

Lelaki itu melintas di antara dua jentera untuk ke garaj Ferrari bagi memohon untuk memandu salah satu daripada kereta itu.


Peminat yang merupakan penduduk China itu kemudiannya ditahan polis untuk siasatan dan tindakan susulan.

Kelakuan merbahaya dan jarang berlaku itu dikesan oleh seorang pemberita F1 Press Association (AP) yang setelah itu berkongsi tentang kejadian tersebut di laman sosial Twitternya. 

Mencerita perbuatan lelaki itu, Ian Parkes mengatakan terdapat penonton menjerit apabila menyaksikan aksi merbahaya tersebut.

“Difahamkan lelaki itu melintas ke garaj Ferrari untuk meminta memandu sebuah jentera pasukan berkenaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here