JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang menghilangkan diri selepas membunuh bekas tunangnya di Kluang pada Jumaat lepas telah berjaya diberkas di Bandar Penawar, Kota Tinggi kelmarin.

Ketika diberkas lebih kurang pukul 10 malam itu, suspek berusia lingkungan 20-an itu dikatakan sedang me­nunggu bot untuk melarikan diri ke negara jiran dengan menggunakan laluan tikus.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff mengatakan lelaki itu kini ditahan reman sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan berkaitan kejadian itu.

“Kes disiasat di bawah Sek­syen 302 Kanun Keseksaan ke­rana membunuh di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati,” katanya di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang kerani pasar raya Econsave, Nur­syafikah Ahmad Ismail, 20, mati ditikam dan dibunuh bekas tunangnya di tempat letak kenderaan bermotifkan cemburu buta.

Kejadian berlaku selepas me­reka dikatakan bergaduh dan suspek tidak dapat menerima kenyataan bahawa wanita itu tidak mahu menerimanya semula, malah ingin berkahwin de­ngan lelaki lain dalam masa terdekat.

Mohd. Mokhtar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes kejadian itu terutamanya saksi untuk melaporkannya di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here